Anda di sini

Bunuh: Buruh warga asing diperintah bela diri 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang buruh warga asing diperintahkan Mahkamah Tinggi di sini, untuk membela dirinya atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga tempatan. 

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshd membuat keputusan itu terhadap Hibir Azlan, 23, yang mana pada Khamis untuk keputusan kes di peringkat akhir pendakwaan. 

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang diwakili peguam Korvent Wheezar E.Jomiji. 

Tertuduh didakwa membunuh Jotin Yojunpin, 42, pada 29 Disember 2016 jam 1 petang di sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Garau, Kampung Narandang, daerah Kudat. 

Sekiranya disabit bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. 

Terdahulu tertuduh diberikan tiga pilihan sama ada memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi, memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh atau berdiam diri. 

Setelah tertuduh berbincang peguamnya, tertuduh menyatakan memilih untuk berdiam diri. 

Bagaimanapun Nurchaya menyatakan sekiranya tertuduh membuat pilihan berkenaan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman gantung. 

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 26 April untuk merekodkan pilihan tertuduh, setelah itu perbicaraan kes pada peringkat pembelaan diteruskan. 

Timbalan Pendakwaraya Mohd Khairuddin Idris melakukan pendakwaan berkenaan. 

  • oleh
  • Advertisement