Anda di sini

Ambil peluang jadi peniaga berjaya

Advertisement
ARIFIN (duduk, tengah), Lipah (duduk, dua kanan) dan Rubail (duduk, kiri) bersama ahli jawatankuasa PPBPBS.
ARIFIN (duduk, tengah), Lipah (duduk, dua kanan) dan Rubail (duduk, kiri) bersama ahli jawatankuasa PPBPBS.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal menyeru ahli Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Sabah (PPBPBS) agar mengambil peluang yang ada untuk menjadi peniaga serta usahawan yang berjaya dan mampu membantu menjana pendapatan ekonomi negeri Sabah.

Beliau berkata, PPBPBS memainkan peranan yang penting dalam memhantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan kerajaan dalam membanteras penjaja haram di samping mempastikan kebersihan dan pembuangan sampah yang teratur di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada PPBPBS kerana nilai-nilai seperti itu amat penting untuk memastikan peniaga mendapat peluang berniaga secara aman tanpa gangguan daripada pihak penjaja haram, di samping kebersihan sekitar kawasan bemiaga bersih daripada sampah sarap.

"Justeru, saya berharap kerjasama dan komitmen ini akan berpanjangan dan dicontohi oleh pihak peniaga lain," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung PPBPBS Ke-19 di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali. Turut hadir, Presiden PPBPBS Lipah Haji Mad dan Timbalan Presiden PPBPBS Rubail Sibil.

Shafie berkata, mesyuarat itu diharap dapat membawa lebih banvak kebaikan kepada seluruh ahli PPBPBS.

"Saya difahamkan, persatuan ini yeng ditubuhkan pada lahun 1995, kini dianggotai seramai 450 ahli (penjaja) yang sedang akif berniaga di kawasan-kawasan seperti pasar malam dan sekitar Sinsuran, berhadapan Hotel Le Meridien," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu mampu menyatukan para peniaga bumiputera yang datang untuk memberi pandangan dan sokongan mereka kepada presiden dan semua AJK dalam usaha mewujudkan kerjasama yang utuh dan lengkap dalam kalangan ahli PPBPBS.

  • oleh
  • Advertisement