Anda di sini

Hukuman rakan subahat ‘DC Sniper’ akan dikaji semula

Advertisement
 Malvo (tengah) diiringi keluar dari mahkamah juvana Fairfax County oleh Syerif Fairfax County pada 15 November 2002. — Gambar Reuters
HUKUMAN DIKAJI SEMULA: Malvo (tengah) diiringi keluar dari mahkamah juvana Fairfax County oleh Syerif Fairfax County pada 15 November 2002. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin bersetuju untuk mengkaji semula hukuman penjara seumur hidup tanpa parol yang dijatuhkan kepada seorang remaja yang terlibat dalam satu siri pembunuhan penembak tepat yang mengganas di kawasan Washington selama beberapa minggu pada 2002.

Lee Boyd Malvo berusia 17 tahun ketika dia turut serta dalam serangan penembak tepat di Maryland, Virgi-nia dan ibu kota negara ini yang menyebabkan 10 orang terkorban.

John Allen Muhammad, seorang veteran Perang Teluk berusia 41 tahun yang dianggap oleh Malvo sebagai “bapa angkatnya”, telah dianggap sebagai perancang utama serangan “DC Sniper”.

John Allen telah dijatuhkan hukuman mati dan menjalani hukuman mati di sebuah penjara Virginia pada 2009.

Malvo pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kebarangkalian untuk parol di Maryland dan Virginia.

Mahkamah Agung memutuskan pada 2012 bahawa hukuman penjara seumur hidup tanpa kebarangkalian untuk parol adalah tidak menurut perlembagaan bagi juvana.

Pada 2016, mahkamah tertinggi di negara ini berkata keputusannya adalah retroaktif dan penjara seumur hidup tanpa parol hanya diberikan kepada  “pesalah juvana yang paling jarang berlaku, yang mana jenayahnya menunjukkan keadaan yang tidak dapat diperbaiki selamanya.”

Malvo, mengambil kesem-patan ke atas keputusan itu, telah merayu terhadap hukumannya dan mahkamah rendah telah memberikan keputusan yang bercanggah untuk kesnya.

Mahkamah Agung Virginia, sebagai contohnya, memutus-kan menentang dia namun sebuah mahkamah rayuan menyatakan dia seharusnya mendapat keputusan hukuman yang baharu.

Mahkamah Agung sekarang akan campur tangan bagi menyelesaikan perkara ini, yang akan memberikan kesan kepada ratusan banduan lain di negara ini yang merupakan juvana ketika mereka disabitkan.

John Allen dan Malvo mengganas di wilayah Wa-shington pada Oktober 2002 dengan menembak orang secara rambang dari tempat persembunyian di dalam bahagian belakang kereta mereka.

Mereka ditangkap di hentian rehat lebuh raya pada 24 Oktober, 2002 selepas pemburuan besar-besaran. — AFP

Advertisement