Anda di sini

Polis dan penunjuk perasaan Albania bertempur di luar bangunan parlimen

Advertisement
 Penyokong parti lawan cuba untuk menyerbu masuk ke pagar yang dikawal polis dari bahagian pejabat Perdana Menteri Edi Rama ketika protes anti-kerajaan di Tirana, Albania, kelmarin. — Gambar Reuters
SERBU: Penyokong parti lawan cuba untuk menyerbu masuk ke pagar yang dikawal polis dari bahagian pejabat Perdana Menteri Edi Rama ketika protes anti-kerajaan di Tirana, Albania, kelmarin. — Gambar Reuters

TIRANA: Pihak polis di Albania menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan antikerajaan yang melontar batu di bandar utama Tirana kelmarin, ketika mereka cuba untuk menyerbu masuk ke dalam bangunan parlimen.

Para penunjuk perasaan telah menyeru bagi peletakan jawatan Perdana Menteri sosialis Edi Rama, dalam kejadian terbaru bagi satu siri tunjuk perasaan sebegini. Pertempuran berlaku selama lebih dari sejam.

Aktivis pembangkang telah melakukan bantahan selama sebulan terhadap Rama yang memegang kuasa sejak 2013.

Beberapa timbalan dari parti haluan tengah dan kiri telah berjalan keluar dari parlimen, menuduh kerajaan sebagai memanipulasi keputusan  bagi pilihan raya perundangan pada Jun 2017.

Mereka ingin pembentukan sebuah kerajaan peralihan bagi melakukan pilihan raya baharu.

Ahli politik bagi pihak kiri dan kanan di Albania kerap kali  berbalas penghinaan dan tuduhan melibatkan rasuah.

Albania berharap untuk melakukan rundingan penambahan dengan Kesatuan Eropah pada tahun ini, namun kerajaan negara yang mempunyai 2.8 juta penduduk berada di bawah tekanan untuk menangani jenayah terancang dan rasuah. — AFP

Advertisement