Anda di sini

IndoSHIOK Library CAFE dibuka rasmi

Advertisement
 Zak (dua kiri), Minos (dua kanan) dan kenamaan lain yang turut hadir memotong reben sebagai simbolik merasmikan pembukaan ulung IndoSHIOK Library CAFE di Aiman Mall semalam.
PERASMIAN: Zak (dua kiri), Minos (dua kanan) dan kenamaan lain yang turut hadir memotong reben sebagai simbolik merasmikan pembukaan ulung IndoSHIOK Library CAFE di Aiman Mall semalam.

KOTA SAMARAHAN: Pertama seumpamanya, IndoSHIOK Library CAFE dibuka secara rasmi di tingkat atas pusat beli-belah Aiman Mall di sini semalam.

Pemilik premis Zak Gan berkata beliau mendapat inspirasi itu hasil penelitian terhadap kehidupan di kampus yang mana banyak institusi pengajian tinggi yang terletak di dalam lingkaran Samarahan.

“Premis ini dianggarkan berkeluasan 4,000 kaki persegi di tingkat atas Aiman Mall.

“Ia direka khas seperti sebuah perpustakaan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan orang ramai yang mendiami kawasan persekitaran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan IndoSHIOK Library Cafe di sini.

Sebelum ini, pihaknya pernah beroperasi dalam skala yang lebih kecil di bahagian tingkat bawah Aiman Mall selama setahun.

Tambahnya bukan sekadar Indomie yang disediakan bahkan pelbagai jenis menu dihidangkan.

Antaranya, menu signature pihaknya adalah ‘Bakso Beranak’ selain ‘Signature Original Sambal dan Telur Goreng’, ‘Jumbo Sausage bersama Sambal dan Telur Goreng’, ‘Ayam Chop Grilled Chicken Chop’, ‘Baa Baa Black Sheep Grilled Lamb Chop’, ‘Seafood Pedas Chilli Prawn and Chilli Sotong dan Seafood Soup’.

IndoSHIOK juga menyediakan set sarapan bajet iaitu ‘IndoShiok Chicken Ham and Americano serta ‘IndoShiok Chicken Sausage and Americano’ bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari pada harga RM6 sahaja.

IndoShiok Chicken Rice Bowl menyediakan variasi nasi ayam dalam pelbagai menu seperti masam manis, rendang, kari, original dan jagung Kantonis pada harga RM5 semangkuk.

‘Shiok Sup Bakso’ dan ‘Shiok Sup Tulang’ juga dihidangkan mengikut pilihan selera para pelanggan sama ada nasi putih atau bihun.

Minuman istimewa mengikut 12 zodiak juga disediakan seperti Capricorn, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagitarius diberikan harga istimewa mengikut terma dan syarat.

Selain, minuman bergas, teh ais lemon, teh hijau lemon, dan kopi spesel Americano, Cuppocino, Mocha dan Milo.

“Kopi Americano yang kami sediakan di sini berharga RM4 yang jauh lebih murah daripada mana-mana premis francais selain pelbagai pilihan kek untuk bersantai bersama teman dan ahli keluarga.

“Harga walaupun lebih sedikit daripada harga kedai kopi yang biasa tetapi masih berpatutan.

“Restoran Cafe memperkenalkan Indomie seperti ini adalah yang pertama seumpamanya di Sarawak dan ia telah mulai diperkenalkan di ibu negara sebelum ini.

“Chef juga didatangkan dari Indonesia khas dalam penyediaan ‘Bakso Beranak’ selain kepak ayam rangup turut dijual RM1 setiap satu,” jelasnya lagi.

Masa operasi pihaknya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk pada waktu cuti umum.

Pihaknya juga menyediakan keahlian bagi para pelajar untuk harga istimewa.

Pada majlis yang sama, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos percaya lebih banyak pelabur dan bakat yang boleh diketengahkan di sini.

Justeru, beliau menyeru agar lebih ramai yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang untuk merebut peluang berniaga di dalam kawasan Samarahan atau menjalankan lebih banyak aktiviti.

  • oleh
  • Advertisement