Anda di sini

Kilang kayu musnah dalam kebakaran

Advertisement
ANGGOTA bomba memadam sisa api yang memusnahkan sebuah kilang kayu milik Syarikat Era Setia pagi tadi.
ANGGOTA bomba memadam sisa api yang memusnahkan sebuah kilang kayu milik Syarikat Era Setia pagi tadi.

TAWAU: Sebuah kilang kayu milik Syarikat Era Setia  musnah dalam satu kebakaran di Jalan Tanjung Batu Laut, di sini, pada awal pagi tadi.

Utusan Borneo difahamkan, kilang kayu struktur tidak kekal yang berkeluasan 120x200 kaki persegi yang menyimpan stok kayu telah terbakar keseluruhannya.

Kenyataan media daripada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tidak ada kes kecederaan berlaku.

Operasi memadam kebakaran terbabit diketuai PKPgB Sharudy Delamin bersama 24 anggota dengan tiga buah jentera FRT, sebuah jentera Water Tanker dan jentera EMRS.

Terdahulu, PGO Bahagian Operasi JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 04.03 pagi, manakala operasi di lokasi ditamatkan jam 05.49 pagi.

  • oleh
  • Advertisement