Anda di sini

Lupus harta curi: Ayah tunggal dipenjara dua tahun

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang ayah tunggal dikenakan penjara dua tahun, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas dua kesalahan melupuskan harta curi.

Neil Farnando N. Imbun, 45, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Afiq Agoes selepas mengaku salah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan penjara minimum enam bulan dan maksimun tujuh tahun atau denda, atau kedua-dua sekali.

Pertama, tertuduh melupuskan sport rim dengan tayar yang diketahuinya sebagai harta curi, pada 5 Mac jam 10.40 pagi di Penampang.

Kedua, pada 17 Febuari jam 12.30 tengah hari di sebuah kedai runcit, Kampung Inobong, Penampang, tertuduh sekali lagi melupuskan dua tong gas.

Semasa rayuan peguam Amanda Leonie dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh.

Katanya tertuduh sudah bercerai dan mempunyai tiga anak masing-masing berusia antara 10, 11 dan 15 tahun.

Tambahnya tertuduh hanya bekerja sendiri dengan pendapatan bulan sebanyak RM1,000.

Namun Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng meminta hukuman berat dikenakan.

Untuk setiap pertuduhan itu, Afiq mengenakan penjara setahun tahun terhadap tertuduh, namun memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dikira dari tarikh tangkap.

  • oleh
  • Advertisement