Anda di sini

Pencapaian SPM 2018 S'kan lebih baik 

Advertisement
PENGETUA SMK Agama Tun Juhar Roslan Diming menerima Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2018 di Kota Kinabalu. 
PELAJAR SMK Perempuan yang cemerlang dalam SPM 2018 bersama guru mereka.

SANDAKAN: Pencapaian pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bagi daerah ini adalah lebih baik dengan Gred Purata Daerah (GPD) 5.44, berbanding 5.60 pada tahun sebelumnya. 

Statistik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan juga menunjukkan, peratus lulus bagi 2018 telah meningkat kepada 3,029 pelajar atau 90.12 peratus berbanding 2,876 pelajar atau 84.86 peratus pada tahun sebelumnya. 

Bagaimanapun, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran menurun kepada 13 orang (2018) berbanding 27 orang (2017). 

Daripada jumlah itu, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sung Siew telah mendapat 11A iaitu Ho Tze Jing, Chin Fui Ching dan Fung Yue. 

Sementara, enam pelajar mendapat 10A iaitu Rafizah Nurdin @Agus (SMK Perempuan), Queniee Tsen Xiao Xuan, Enson To Ka Kit, Jewelie Kystal Erin Tan dan Cham Chiao Juin (SMK Sung Siew) serta Nurain Syaidatulnia Hasbi (SMK Perempuan). 

Empat pelajar telah mendapat 9A iaitu Nurul Sazliana, Nur Hazzimah Hussin dan Ani Haizum (SMK Perempuan) serta Shalini Mamor (SMK Gum-Gum). 

Dua sekolah di daerah ini turut tersenarai dalam senarai 14 Sekolah Cemerlang SPM 2018 iaitu SMK Agama Tun Juhar dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 3.54 dan SMK Perempuan dengan GPS 3.67. 

  • oleh
  • Advertisement