Anda di sini

Kardinal Australia cabul budak koir lelaki dihukum penjara enam tahun

Advertisement
 Penunjuk perasaan membawa plakad ketika berhimpun di luar Mahkamah Daerah untuk mendengar hukuman ke atas Pell di Melbourne, Australia pada Rabu. — Gambar AFP
MARAH: Penunjuk perasaan membawa plakad ketika berhimpun di luar Mahkamah Daerah untuk mendengar hukuman ke atas Pell di Melbourne, Australia pada Rabu. — Gambar AFP

MELBOURNE: Kardinal di Australia George Pell pada Rabu dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana mencabul dua budak koir lelaki, dalam apa yang dikecam oleh hakim sebagai satu serangan “tidak malu” dan penyalahgunaan kuasa yang “serius”.

Pell, yang tetap menyatakan dia tidak bersalah dan me-rancang untuk mengemuka-kan rayuan, hadir di sebuah mahkamah Melbourne selepas disabit kesalahan atas lima kesalahan termasuk rogol oral dan pencabulan budak-budak terbabit pada 1996-1997.

Tertuduh berusia 77 tahun itu – yang memakai baju hitam tetapi tanpa kolar paderi putihnya – duduk tanpa menun-jukkan sebarang emosi, de-ngan tangan di atas paha ketika Hakim Peter Kidd memberi gambaran yang grafik tentang serangannya “yang begitu bongkak sekali”.

“Anda mungkin tidak akan hidup untuk dibebaskan dari penjara,” akui Kidd, dan menuduh bekas orang nombor tiga di Vatikan itu melakukan “kesalahan yang dahsyat” dan “serangan seksual yang tidak malu dan kasar ke atas dua mangsa berkenaan”.

Dia diarah untuk menandatangani daftar pesalah seks dan berdiri ketika hakim menetapkan hukuman minimum yang perlu dijalaninya selama tiga tahun lapan bulan, kerana “kehidupan (Pell) selain itu yang tiada cela”.  

Kardinal itu menghadapi hukuman maksimum penjara selama 50 tahun bagi lima pertuduhan.

Pell didapati bersalah me-ngepung kedua-dua budak itu, yang berusia 13 tahun pada waktu kejadian dan menerima biasiswa untuk belajar di Kolej St Kevin yang berprestij, dalam sakristi selepas Misa Ahad di Katedral St Patrick pada Disember 1996, ketika dia menjadi uskup agung Melbourne.

Kedua-dua budak itu telah memisahkan diri daripada anggota lain dalam perarakan koir dan minum wain sakramental sebelum kardinal itu menjumpai mereka, membuka jubahnya, mendedahkan kemaluannya dan menyerang mereka secara seksual.

“Terdapat lapisan peng-hinaan dan keaiban tambahan yang setiap daripada mangsa-mangsa anda mesti rasai kerana menyedari pencabulan ke atas mereka telah disaksikan satu sama lain,” kata Kidd.

Hakim itu menambah sera-ngan itu, dan satu lagi dua bulan kemudian, pada 1997, apabila dia menindih salah seorang budak pada dinding sebuah koridor dan meraba kemaluannya mempunyai “impak yang amat besar” ke atas kehidupan mangsanya.

Salah seorang mangsa tersebut meninggal dunia kerana tanpa sengaja mengambil heroin berlebihan pada 2014 selepas dia tidak pernah men-dedahkan pencabulan yang dia alami di tangan Pell.

“Sejumlah kecil keadilan telah ditegakkan pada hari ini. Saya rasa enam tahun tidak cukup lama,” kata seorang peguam mangsa di luar mah-kamah yang memperkenalkan diri sebagai Rhonda.

Pell merupakan anggota paderi paling kanan pernah disabit kesalahan atas tuduhan melakukan pencabulan seks kanak-kanak.

Sehingga baru-baru ini, dia mengurus kewangan Vatikan dan membantu dalam pemilihan paus. — AFP

Advertisement