Anda di sini

Lelaki maut terjun dari tingkat enam bangunan

Advertisement
MAYAT mangsa ditemukan di tepi bangunan.
MAYAT mangsa ditemukan di tepi bangunan.

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan Menara MPS, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mangsa yang dikenali sebagai Lee Ying Fui, 56, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di atas simen di bawah bangunan menara terbabit.

Difahamkan, kejadian disedari oleh saksi yang terdengar bunyi dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah.

Sejurus terdengar bunyi dentuman itu, saksi berkenaan segera keluar dari bangunan, sebelum mendapati mayat seorang lelaki tertiarap di lantai tingkat bawah bangunan.

Azhar berkata pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Pihak polis masih melakukan siasatan lanjut mengenai motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu buat masa sekarang, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement