Anda di sini

Warga emas maut, pacuan empat roda dipandu masuk gaung 

Advertisement
KEADAAN kereta pacuan empat roda yang terbabas jatuh ke gaung sedalam 50 meter.
KEADAAN kereta pacuan empat roda yang terbabas jatuh ke gaung sedalam 50 meter.

PENAMPANG: Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki terbabas masuk ke dalam gaung di Jalan Sugud di sini petang Khamis.

Mangsa, Matris @ Patrick Daulit, 58, disahkan meninggal dunia dalam kejadian jam 6.20 petang.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Rudy Meki berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian jam 6.21 petang dan menggerakkan sepasukan anggota dari

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi sejauh 11 kilometer dari jarak balai.

“Kejadian membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter berdekatan Kampung Simpanor Sugud.

“Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta masing-masing pemandu dan penumpang di bahagian hadapan.

“Pemandu kereta dipercayai meninggal dunia semasa kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala seorang lagi penumpang wanita yang parah berumur 89 tahun dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 9.05 malam.

  • oleh
  • Advertisement