Anda di sini

Dipaksa siar surat Bouteflika, pengacara TV letak jawatan

Advertisement
 Sekumpulan pelajar berdemonstrasi di kolej perubatan di Algiers pada 3 Mac lepas bagi membantah cubaan Bouteflika untuk bertanding semula bagi penggal kelima. — Gambar AFP
SUARA PROTES: Sekumpulan pelajar berdemonstrasi di kolej perubatan di Algiers pada 3 Mac lepas bagi membantah cubaan Bouteflika untuk bertanding semula bagi penggal kelima. — Gambar AFP

ALGIERS: Seorang pengacara televisyen di negara Algeria meletak jawatan pada Isnin selepas dia marah kerana dipaksa menyiarkan beberapa petikan daripada sepucuk surat Presiden Abdelaziz Bouteflika yang uzur, kata salah seorang rakan setugasnya.

Nadia Madassi, pengacara selama 15 tahun bagi ranca-ngan petang berkenaan di Canal Algerie, pada malam Ahad membaca beberapa keratan daripada surat tersebut, di mana presiden itu berjanji pencalonannya bagi penggal kelima nanti adalah yang terakhir baginya, ekoran bantahan yang meluas terhadap pemerintahannya.

Pengacara itu “diberikan mesej Presiden Bouteflika pada saat akhir yang membuatkannya rasa kurang selesa”, kata rakan sekerja Madassi di Canal Algerie.

“Ia adalah perkara yang tidak dapat diterimanya sama sekali - sejak protes bermula, kami tidak dibenarkan untuk bekerja” dengan baik, kata rakan sekerja itu yang enggan dikenali.

Stesen televisyen berkenaan masih belum dapat memberikan kenyataan lanjut me-ngenai peletakan jawatannya, yang dilaporkan secara meluas oleh media Algeria.

Wartawan yang bertugas bagi media negara sebelum ini mengadu bahawa ketua mereka telah melaksanakan sekatan ke atas liputan selama beberapa minggu mengenai bantahan terhadap keputusan Bouteflika untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya pada April nanti.

Presiden itu mengalami serangan angin ahmar pada 2013 dan jarang kelihatan di acara umum sejak itu.

Berpuluh ribu rakyat berkumpul di jalan raya sekitar negara pada Jumaat lepas.

Surat presiden itu me-nyaksikannya berjanji untuk membentuk satu “persidangan negara” jika beliau memenangi penggal kelima, untuk membuka jalan bagi pengundurannya sebelum mandat itu tamat.

Usaha tersebut untuk me-nenangkan penunjuk perasaan disambut dengan rasa curiga pada Isnin lepas oleh rakyat Algeria, yang menjanjikan rapat umum selanjutnya untuk membantah pemerintahan Bouteflika.

Madassi memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai pengacara dan bekerja sebagai pengarang, kata rakan sekerjanya. — AFP

Advertisement