Anda di sini

RM1.77 juta untuk pertubuhan sukarela kebajikan

Advertisement
STEPHEN (tiga kiri) menyampaikan geran bantuan kepada wakil Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah.
STEPHEN (tiga kiri) menyampaikan geran bantuan kepada wakil Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah.

KOTA KINABALU: Sejumlah RM1.77 juta geran tahunan disampaikan kepada 19 pertubuhan sukarela kebajikan yang juga organisasi Ahli Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) bagi tahun ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, geran berkenaan adalah bantuan yang disediakan kepada kumpulan sasar kebajikan.

Katanya, kerajaan negeri melalui MPMS menyediakan peruntukan berkenaan agar pertubuhan sukarela kebajikan di negeri ini dapat menganjurkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

"Pertubuhan sukarela kebajikan adalah rakan strategik yang amat penting kepada MPMS dalam meningkatkan penglibatan masyarakat terhadap aktiviti kebajikan.

"Ia juga berperanan menyampaikan perkhidmatan kebajikan sosial kepada kumpulan sasar selain mengusahakan pembinaan masyarakat yang inklusif," katanya.

Beliau yang juga presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Kerajaan Tahun 2019 kepada Pertubuhan Sukarela anjuran MPMS, di sini hari ini.

Stephen berkata, bagi memantapkan dan meningkatkan lagi pencapaian secara lestari, MPMS kini merancang Pelan Strategik bagi tempoh lima tahun.

Menurutnya, ia adalah langkah yang sangat baik selaras dengan misi kerajaan negeri untuk melestarikan kemajuan dan kemakmuran Sabah.

"Saya berharap MPMS mampu membangunkan program kursus dan latihan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan sukarelawan serta pertubuhan sukarela kebajikan.

"Pada masa sama, pelan berkenaan juga dapat menjana kewangan yang mampan untuk Tabung Amanah MPMS," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement