Anda di sini

Everton jejaskan impian kejuaraan The Reds

Advertisement
 Sane (kiri) bergelut melepasi kawalan pemain Everton ketika bersaing pada perlawanan liga di Goodison Park, Liverpool Ahad lepas. — Gambar AFP
SENGIT: Sane (kiri) bergelut melepasi kawalan pemain Everton ketika bersaing pada perlawanan liga di Goodison Park, Liverpool Ahad lepas. — Gambar AFP

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan pasukannya mempunyai bayangan sebuah pasukan juara Liga Perdana Inggeris walaupun seri tanpa jaringan dengan kelab jiran, Everton, sekali gus menyaksikan mereka kekal di tangga kedua liga dan kurang satu mata di belakang Manchester City.

Selepas satu tempoh empat keputusan seri dari enam perlawanan liga terakhir, Liverpool menamatkan hujung minggu ini di belakang City buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan selepas bermain dengan jumlah perlawanan yang sama dengan City.

Everton pula masih belum menang dari 19 perlawanan menentang Liverpool atau sejak 2010.

Bagaimanapun, kegembiraan penyokong tuan rumah pada penamat perlawanan menunjukkan betapa mereka percaya mereka telah menjejaskan impian Liverpool untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 29 tahun.

Klopp bagaimanapun tetap yakin dan terus melihat bukti di mana pemainnya mempunyai ketabahan untuk menangani tekanan salah satu saingan kejuaraan liga paling sengit sejak bertahun-tahun.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang nasihat kepada pemain, mereka sudah mengetahuinya,” kata Klopp. “Mereka bukan budak.

“Kadang-kadang anda harus memimpin dan orang berkata ia berakhir apabila ada baki 20 perlawanan musim ini, dan sekarang mereka hanya satu atau dua mata di hadapan kami. Ia permulaan bulan Mac, siapa ambil peduli?

“Saya percaya sepenuhnya dengan peluang kami. Saya tahu dari setiap perlawanan di mana pasukan saya semakin meningkat.

“Hari ini, apa yang pasti kami tidak menjaringkan gol, ia boleh berlaku. Satu perlawanan dan lawan yang sukar dan angin serta keadaan cuaca tidak membantu secara amnya, ia hanya satu saingan.

“Kami sudah bersedia untuk semua itu hari ini dan sekarang kami mempunyai satu lagi mata.” — AFP

Advertisement