Anda di sini

Anifah bertemu Mahathir, bincang mengenai MA63

Advertisement
ANIFAH (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tun Mahathir (kanan) sempena pertemuan itu.
ANIFAH (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tun Mahathir (kanan) sempena pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Luar Datuk Seri Panglima Anifah Aman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines pada Jumaat.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis mengadakan pertemuan itu bagi berbincang dengan Perdana Menteri berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Intipati utama dalam perbincangan saya dengan Perdana Menteri ialah berkenaan MA63 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah menurut MA63 yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

"Secara konsisten saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan termasuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum," katanya.

Dalam pada itu, Anifah turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai halangan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ingin membuka keahlian di Sabah.

"Saya turut menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa saya tiada halangan sekiranya PPBM ingin melebarkan sayapnya ke negeri Sabah kerana ia selari dengan norma demokrasi.

"Saya akan tetap menyokong Perdana Menteri dan kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan," katanya.

Anifah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sentiasa bersikap terbuka kepada mana-mana pihak termasuk menerima baik usul yang diutarakan kepada beliau (Tun M).

  • oleh
  • Advertisement