Anda di sini

Polis serbu dua lokasi sarang penagihan dadah

Advertisement
SEBAHAGIAN suspek yang ditahan dibawa menaiki kenderaan polis untuk siasatan lanjut.
SEBAHAGIAN suspek yang ditahan dibawa menaiki kenderaan polis untuk siasatan lanjut.

KOTA KINABALU: Seramai 17 individu ditangkap dalam serbuan di dua lokasi semasa Ops Sarang dijalankan bermula jam 12.30 tengahari hingga 6 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan di Kampung Skim Penempatan Telipok dan Tebobon Manggatal di sini.

Menurutnya, seramai 11 suspek lelaki ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan enam lagi suspek termasuk seorang wanita ditahan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 17 hingga 55 tahun dan 13 daripadanya adalah warga asing.

"Sepanjang operasi dijalankan, seramai 35 individu termasuk 31 lelaki dan empat wanita menjalani pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Ops Sarang berkenaan dibuat berdasarkan risikan dan maklumat awam membabitkan kawasan sarang penagihan dadah.

Selain itu, katanya, operasi itu juga bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas ahli sindiket pengedaran dadah di kawasan sarang penagihan dadah.

  • oleh
  • Advertisement