Anda di sini

Leo Chin Fu bawa pulang TV LED Sony

Advertisement
 (dari kiri) John, Darrly, Leo dan Evy selepas majlis penyampaian hadiah dijalankan di pejabat pengurusan Vivacity Megamall di Kuching semalam.
CERIA: (dari kiri) John, Darrly, Leo dan Evy selepas majlis penyampaian hadiah dijalankan di pejabat pengurusan Vivacity Megamall di Kuching semalam.

KUCHING: Pemenang bertuah Leo Chin Fu, membawa pulang TV LED berjenama Sony W65 40’ inci menerusi ‘My Happy Egg Roadshow’ yang diadakan baru-baru ini.

Leo, 52, diumumkan sebagai pemenang selepas cabutan dijalankan pada 26 Februari lepas dan penyampaian hadiah telah dilakukan semalam di Pejabat Pengurusan Vivacity Megamall di sini.

Sebelum ini, bagi melayakkan penyertaan, para peserta hanya perlu berbelanja minimum RM10 menerusi pembelian mana-mana produk keluaran Lian Hua Seng.

“Pihak kami menerima lebih daripada 2,000 penyertaan semuanya sepanjang tempoh jerayawara yang diadakan baru-baru ini,” kata Pengurus Pemasaran dan Jualan Kanan Lian Hua Seng Livestock, Darryl Wee Ho Nyan.

Tempoh jerayawara berkenaan bermula dari 22 sehingga 24 Februari lalu dengan pelbagai aktiviti lainnya diadakan seperti Cabaran Makan Telur, ‘SMS Egg War dan ‘My Happylicious Cook Out’.

Keseluruhan hadiah yang disediakan pihak Lian Hua Seng bagi tujuan pelbagai aktiviti di  ‘My Happy Egg’ berjumlah lebih RM11,888 di sini.

Pemenang hadiah tempat kedua, Danielson Raga, 25, dan di tempat ketiga Kho Hui Yui menerima ketuhar Sharp 42 liter dan ‘Air Fryer’ berjenama Tefal masing-masing.

Lima pemenang hadiah sagu hati pula menerima baucar tunai RM50 dan 10 biji telur setiap seorang.

Mereka adalah Chin Lian Choo, Resena Sadut, Lim Boon Seng, Leong Soh Mei dan Fanny Jun Enggang.

Turut hadir adalah Pengarah Pengurusan Beam Event, John Koh dan Eksekutif Kanan Iklan dan Promosi Vivacity Megamall, Evy Kiing.

Advertisement