Anda di sini

62 suspek dadah diberkas di Manggatal

Advertisement
ANTARA dadah jenis syabu yang dirampas sepanjang operasi berkenaan.
ANTARA dadah jenis syabu yang dirampas sepanjang operasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menberkas seramai 62 suspek terlibat dengan penyalahgunaan dadah sepanjang operasi yang dijalankan bermula 23 Februari hingga 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua tangkapan membabitkan 39 warga tempatan dan 23 warga asing berumur dalam lingkungan 16 hingga 57 tahun.

Menurutnya, lokasi tumpuan operasi berkenaan di sekitar kawasan Manggatal di sini termasuk di Kampung Lokub, Lok Buno dan Lobou.

"Seramai 18 individu didapati memiliki dadah manakala 44 orang lagi ditahan atas kesalahan urin mengandungi dadah.

"Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan dadah jenis syabu seberat 28.40 gram dengan anggaran harga RM4,250 mengikut pasaran semasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Habibi berkata, operasi kali ini menuntut ketahanan mental dan fizikal pasukan polis berikutan serbuan melibatkan kawasan berbukit dan berpaya selain terpaksa berhadapan bahaya di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, jelasnya, usaha membanteras jenayah dadah sekitar kawasan bandaraya tetap dipergiatkan dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement