Anda di sini

Penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur-Fukuoka bermula

Advertisement
 Fumito (dari kiri), Masanao, Pengarah Lembaga AirAsia X Malaysia Dato Fam Ee Lee, Benjamin, Hiroshi, Tetsuya dan Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia Tokyo Shahrul Aman Sabir Ahmad diapit kru kabin meraikan ketibaan penerbangan sulung AirAsia di Fukuoka, Jepun semalam.
SELAMAT DATANG: Fumito (dari kiri), Masanao, Pengarah Lembaga AirAsia X Malaysia Dato Fam Ee Lee, Benjamin, Hiroshi, Tetsuya dan Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia Tokyo Shahrul Aman Sabir Ahmad diapit kru kabin meraikan ketibaan penerbangan sulung AirAsia di Fukuoka, Jepun semalam.

FUKUOKA: Penerbangan terus sulung AirAsia dari Kuala Lumpur  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun pagi semalam.

Fukuoka menyertai senarai destinasi jarak jauh AirAsia dengan operasi empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan bandar terbesar Kyushu tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail berkata lebih daripada 156,000 tempat duduk ditawarkan setahun bagi laluan baharu ini.

Sejak pelancaran penerbangan ke Jepun dari Malaysia pada tahun 2010, AirAsia telah menerbangkan lebih dari 6.5 juta tetamu antara kedua-dua negara ini.

Kini, syarikat penerbangan tersebut mengendalikan perkhidmatan antarabangsa ke Jepun dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Taipei dengan penerbangan sambungan dari Malaysia ke Honolulu, Amerika Syarikat yang beroperasi melalui Osaka.

“Laluan baharu ini menandakan komitmen kami untuk terus membangun pertumbuhan kami di Jepun dan kami yakin laluan ini akan memberi peningkatan signifikan kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Ketibaan penerbangan AirAsia D7 538 di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka disambut Gabenor Wilayah Fukuoka, Hiroshi Ogawa bersama Timbalan Datuk Bandar Fukuoka, Masanao Nakazono, Pengurus Lapangan Terbang Fukuoka, Biro Penerbangan Awam Daerah Osaka, Fumito Ohya  dan Pengarah Perwakilan dan Presiden & Ketua Terbang Antarabangsa Fukuoka, Tetsuya Nagasao.

Sebagai meraikan penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula dari RM299* bagi tempat duduk biasa dan RM1,099* bagi tempat duduk premium.

Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari sekarang sehingga 9 Mac 2019 bagi tempoh perjalanan segera hingga 28 Oktober 2019.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk di airasiabig.com atau aplikasi mudah ahli AirAsia BIG dan menerima 1,000 mata ganjaran BIG** bermula hari ini hingga 9 Mac 2019.

Pada masa yang sama, Vidi juga menawarkan potongan 10 peratus tambahan bagi aktiviti pelancongan dan lawatan terpilih di Fukuoka dengan menggunakan kod diskaun FUKUOKA 10 di laman deals.airasia.com.

Advertisement