Anda di sini

Mydin destinasi membeli-belah kegemaran ramai

Advertisement
 Mydin Tunku Vista dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sempena ulang tahun pertama semalam.
REBUT PELUANG: Mydin Tunku Vista dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sempena ulang tahun pertama semalam.

KUCHING: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Sarawak merupakan destinasi kegemaran ramai untuk membeli-belah barang keperluan keluarga yang serba lengkap.

Demikian kata salah seorang pelanggan tetap Mydin Tunku Vista di Petra Jaya, Mohd Faizul Salim, 37, ketika ditemui semalam bersempena sambutan ulang tahun pertama Mydin dengan tema jualan #jualsampeylengis hari kedua.

Beliau kerap kali ke Mydin untuk membeli keperluan keluarga kerana harganya yang berpatutan.

“Dalam seminggu, sekitar tiga ke empat kali saya akan datang untuk membeli barang keperluan dapur dan lain-lain dan semuanya boleh didapati di sini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau juga memilih Mydin kerana tinggal berdekatan dengan pusat beli-belah besar tersebut.

Sementara itu, Zulqarnine Rahman, 40, juga berkata beliau kerap ke Mydin Tunku Vista.

Zulqarnine menyukai Mydin kerana ia tempat beli-belah yang kondusif dan boleh membawa keluarga untuk makan selepas penat membeli-belah barang keperluan.

Pada masa sama, orang ramai masih kelihatan berpusu-pusu datang ke Mydin untuk menikmati jualan istimewa ‘Happy Hour’ yang bermula pada jam 10 pagi, 1 petang, 4 petang dan 9 malam bermula 28 Februari lepas sehingga 3 Mac ini.

Antara yang ditawarkan pada sesi Happy Hour di Mydin Tunku Vista ialah kertas IK Yellow A4 dijual pada harga RM7 (harga biasa RM12.15), set memasak Merpati RM30 (harga asal RM74.90), Beg Fortune RM10 (harga biasa RM29.90) dan kemeja Twinbirds RM5 (harga biasa RM12.90).

Hari ini, pelanggan bakal menikmati harga istimewa Happy Hour bagi periuk nasi Philux RM30 (harga asal RM56.50), dua botol air SL (RM4.60 satu), set memasak Merpati RM30 (RM69.90) dan kain sarung Gajah Duduk RM10 (harga asal RM17.90).

Pihak Mydin semalam turut mengadakan Cabaran Maggi Pedas Giler dan Pran Juice.

Advertisement