Anda di sini

Sabah menang 10-3-3 di Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan

Advertisement
SKUAD Muaythai Sabah menang 10 emas, tiga perak dan tiga gangsa kejohanan peringkat kebangsaan.
SKUAD Muaythai Sabah menang 10 emas, tiga perak dan tiga gangsa kejohanan peringkat kebangsaan.

KOTA KINABALU: Atlet Team Karabaw sumbang lapan daripada 10 pingat emas Sabah pada Kejohanan Muaythai Remaja  Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di South City Plaza Mall, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Penyumbang pingat emas dari Team Karabaw itu terdiri daripada Rodney Einstein, Eva Anatasia, Amiera Najihah, Halary Boy, Mohd Hanif Imran, Phylbert Chin, Amirah Sofea dan Shah Aryan.

Dua lagi pingat emas dimenangi Nur Adriana Nazri dari Khaimuay Gym dan Mohd Rahmad (Unicorn66XUppercross).

"Atlet Team Karabaw menyerlah pada kejohanan ini. Selain menyumbangkan lapan pingat emas, tiga atlet mereka itu juga telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Best Boxers iaitu Amirah untuk kategori 8-9 tahun perempuan, Amiera (10-11 tahun perempuan) dan Shah Aryan (16-17 tahun lelaki).

"Syabas kepada semua atlet," kata jurulatih, Rayner Kinsiong sambil memberitahu bahawa Sabah juga menang tiga pingat perak dan tiga gangsa.

Pingat perak dimenangi Elzie Alfonso Lai (Team Karabaw), Marshall Jayden Jerry (Team Karabaw) dan Faiz Iskandar (Unicorn66XUppercross).

Pingat gangsa dimenangi Wyerern Chow (Team Karabaw),  Aryan Isaac (Team Karabaw) Mohd Azwan Peter (Team Karabaw).

Turut bersama pasukan ke kejohanan itu adalah Rozaimi  Ahad (jurulatih), Rosyidi (Pengurus Pasukan) dan Norris selaku guru pengiring.

"Kejohanan ini juga medan bagi memilih atlet ke Kejohanan Muaythai Remaja Dunia di Turki tahun ini. Harap-harap ramai atlet dari Sabah akan terpilih," kata Rayner.

  • oleh
  • Advertisement