Anda di sini

Al Hambra antara Naib Presiden MGF sesi 2019-2021

Advertisement
MAJLIS Tertinggi  MGF (dari kiri) Al Hambra, Git Kaur, Raja Hamzah,  Rachel, Jimmy, Dr. Farrah dan Tengku Farah yang mewakili Tengku Ridhwanuddin.
MAJLIS Tertinggi MGF (dari kiri) Al Hambra, Git Kaur, Raja Hamzah, Rachel, Jimmy, Dr. Farrah dan Tengku Farah yang mewakili Tengku Ridhwanuddin.

KOTA KINABALU: Mejar (K) Haji Al Hambra Tun Juhar terpilih menduduki salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) bagi sesi 2019-2021.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MGF baru-baru ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi dua daripada jawatan Naib Presiden itu.

Al Hambra yang juga wakil tunggal Sabah dalam pertandingan itu meraih undi tertingi iaitu sebanyak 39 daripada 40 perwakilan. Satu undi lagi rosak.

Turut menang ialah Tengku Ridhwanuddin yang meraih sebanyak 35 undi manakala calon ketiga Francis Loh hanya mendapat lima undi.

Naib Presiden tiga diisi Dr Farrah Hani Imran berdasarkan peraturan MGF di mana salah seorang dari tiga Naib Presiden mesti dari kaum wanita. Farrah adalah bekas atlet kebangsaan.

Sambil itu, Rachel Lau menang tanpa bertanding jawatan Presiden menggantikan Datuk Jaya Al Bakri yang tidak mempertahankan jawatan itu. Rachel juga merupakan bekas atlet kebangsaan.

Kau Git Kaur pula mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Presiden manakala Raja Hamzah Abidin Raja Nong Chik dilantik sebagai Bendahari baharu sementara Jimmy Tan dipilih mengekalkan jawatannya selaku Setiausaha Agung.

MGF mensasarkan lapan pingat emas pada Sukan SEA 2019 Manila.

  • oleh
  • Advertisement