Anda di sini

Pindah batuan tanpa kelulusan, empat jentera berat disita

Advertisement
 Antara jentera berat yang disita dalam operasi JTS Kuching.
DISITA: Antara jentera berat yang disita dalam operasi JTS Kuching.

KUCHING: Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Kuching telah mematahkan dua aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di sini.

Menurut kenyataan pihaknya, pada 20 dan 21 Februari lepas sebanyak empat jentera berat yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti tersebut berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan serta kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan atau pemindahan bahan batuan dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat JTS berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti tersebut kepada pihaknya melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.

Advertisement