Anda di sini

Britain akan tarik balik kewarganegaraan Begum

Advertisement
 Dalam gambar fail yang diambil pada 22 Februari 2015 ini, Renu Begum, kakak Shamima Begum, menunjukkan gambar adiknya ketika ditemu ramah oleh media di tengah              London. — Gambar AFP
MAHU PULANG: Dalam gambar fail yang diambil pada 22 Februari 2015 ini, Renu Begum, kakak Shamima Begum, menunjukkan gambar adiknya ketika ditemu ramah oleh media di tengah London. — Gambar AFP

LONDON: Britain akan menarik balik kewarganegaraan seorang remaja UK yang menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria tetapi sekarang mahu pulang bersama bayinya yang baharu lahir, kata seorang peguam keluarganya Selasa lepas.

Nasib Shamima Begum telah menimbulkan kontroversi sejak dia dan dua rakan meninggalkan London untuk menyertai jaringan keganasan tersebut empat tahun lalu ketika dia baharu berusia 15 tahun.

Kes itu menarik tumpuan kepada dilema yang dihadapi banyak negara Eropah, yang berbelah-bahagi mengenai sama ada untuk membenarkan pelampau jihad dan penyokong IS pulang ke tanah air bagi menghadapi pendakwaan atau melarang mereka kerana kebimbangan mengenai ke-selamatan ekoran kehancuran apa yang dipanggil “pemerintahan khalifah”.

Seorang peguam keluarganya, Tasnime Akunjee, berkata dalam Twitter bahawa mereka “sangat kecewa de-ngan hasrat Pejabat Dalam Negeri untuk membuat arahan agar Shamima Begum di-nafikan kerakyatannya”, dan mereka sedang menimbang “semua saluran yang sah”.

ITV News melaporkan Pejabat Dalam Negeri sudah mengirim surat kepada ibu Begum, yang diterima Selasa lepas, yang memaklumkan keluarga terbabit tentang keputusan tersebut tetapi menurutnya remaja itu berhak merayu terhadap keputusan itu.

Pejabat Dalam Negeri Britain dilaporkan percaya Begum, yang mempunyai warisan Bangladesh, berhak untuk menuntut kerakyatan di sana.

“Bagi melindungi negara ini, setiausaha dalam negeri mempunyai kuasa untuk menafikan kerakyatan Britain kepada seseorang di mana ia tidak akan menyebabkannya tidak ada negara,” Persatuan Media melaporkan Pejabat Dalam Negeri sebagai berkata, dan menambah ia tidak akan mengulas tentang kes-kes individu.

Begum kini berada di sebuah kem pelarian di timur laut Syria di mana dia mencari perlindungan daripada pepe-rangan di timur negara bersama ratusan orang lain yang ada kaitan dengan IS.

Pada hujung minggu lepas, dia melahirkan anak ketiga-nya, dan merayu kepada pihak berkuasa Britain untuk menunjukkan “belas kasihan” dengan membenarkannya untuk membesarkan bayi itu di Britain – tetapi tidak menyuarakan rasa kesal menyertai IS.

Dia pernah melahirkan dua anak lain selepas berkahwin di Syria. Kedua-dua anak itu sudah meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit dan malnutrisi.

“Saya takut dia malah boleh mati di kem ini,” kata Begum mengenai bayinya yang baharu lahir.

“Saya rasa ramai orang se-patutnya bersimpati dengan saya, kerana segalanya yang saya telah lalui,” katanya kepada Sky News, dan menambah “saya tidak tahu apa yang saya sertai ketika saya meninggalkan negara”.

Bagaimanapun, dalam satu temu ramah dengan BBC pada Isnin lepas, dia membandingkan serangan bom ke atas Manchester Arena dengan serangan tentera ke atas kubu kuat IS, dan menganggap serangan pengganas itu sebagai “pembalasan”.

Negara Eropah telah ber-gelut dengan apa yang hendak dilakukan dengan pejuang asing yang ditahan di Syria oleh Tentera Demokratik Syria pimpinan puak Kurdish yang telah memberi amaran bahawa mereka mungkin tidak dapat menjaga penjara mereka apabila tentera Amerika Syarikat (AS) me-ninggalkan negara nanti.

Kerajaan Britain pada Isnin lepas menolak seruan Presiden AS Donald Trump untuk menerima balik suspek yang didakwa pelampau jihad UK yang ditangkap di negara yang mengalami peperangan itu.

Trump telah menyeru kepada Britain, Perancis, Jerman dan sekutu lain di Eropah “untuk menerima balik lebih 800 pejuang IS yang kami tangkap di Syria dan mengadakan perbicaraan untuk mereka”.

Jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata pejuang sebaliknya harus menghadapi keadilan di tempat di mana mereka melakukan jenayah mereka. — AFP

Advertisement