Anda di sini

Cadangan naik taraf Penampang disambut baik

Advertisement
CEASAR
CEASAR

PENAMPANG: Pemaju hartanah Pusat Teknologi dan Komersil (ITCC) Penampang menyambut baik cadangan Majlis Daerah Penampang (MDPg) untuk menaik taraf daerah ini menjadi perbandaran.

Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, cadangan itu yang buat oleh Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi telah diterima baik oleh masyarakat Penampang.

"Saya sebagai sebahagian daripada masyarakat di sini akan memberikan sokongan kepada cadangan itu," katanya. Sabanilam Enterprise adalah pemaju ITCC Penampang.

Ceasar berkata, sudah tiba masanya daerah ini dinaik taraf sebagai perbandaran berikutan kepesatan pembangunan di sini sekarang.

Dalam pada itu, beliau berkata ITCC dijangka siap sepenuhnya dalam jangkamasa 24 bulan, dengan siapnya fasa pembinaan akhir hotel yang mempunyai 330 bilik.

"Baru-baru ini, kita telah menyiapkan pembinaan kediaman 'Manhattan Suites' dan lot pejabat di ITCC Penampang," katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Chap Goh Mei ITCC Penampang, bertempat di grand ballroom pusat beli-belah berkenaan pada Selasa.

Katanya, Manhattan Suites kini memohon sijil menduduki yang akan siap dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Ceasar, ITCC telah siap sepemuhnya pada tahun 2017 dan kini menempatkan Pasaraya Bataras, sebuah pusat permainan, sebuah medan makanan serta premis DIY dan sebagainya.

Katanya, pengunjung juga boleh menikmati kemudahan makan seperti Domino, Resipi Rahsia dan Sushi King, antara lain.

"ITCC juga mempunyai ballroom terbesar di Sabah pada masa ini, yang boleh menempatkan 200 meja. Ballroom ini boleh ditempah untuk majlis persidangan, konvensyen dan sebagainya. Selain itu, pusat pameran yang berkeluasan 30,000 kaki persegi," katanya.

Advertisement