Anda di sini

Paderi Sepanyol antara lima maut di Burkina Faso

Advertisement
 Cesar Fernandez (belakang, tiga kanan) dalam gambar tidak bertarikh yang juga tidak diketahui lokasinya ini. — Gambar AFP
DIBUNUH KEJAM: Cesar Fernandez (belakang, tiga kanan) dalam gambar tidak bertarikh yang juga tidak diketahui lokasinya ini. — Gambar AFP

OUAGADOUGOU: Seorang paderi Sepanyol dan empat pegawai kastam terbunuh dalam serangan berasingan yang disyaki dilancarkan kumpulan pelampau di Burkina Faso yang sedang berdepan dengan tentangan daripada puak radikal, menurut sumber tempatan.

“Rakyat Sepanyol, Paderi Salesian Antonio Cesar Fernandez telah dibunuh semasa serangan pelampau di antara Togo dan Burkina Faso jam 3 petang waktu tempatan Jumaat lepas,” menurut pihak gereja Salesians of Don Bosco dalam kenyataan Twitter pada Jumaat.

Fernandez dan dua orang lagi dalam perjalanan pulang selepas satu pertemuan di bandar utama Lome di Togo ketika mereka diserang lelaki bersenjata selepas menyeberangi sempadan di antara Togo dan Burkina Faso, menurut ketua gereja Jose Elegbede.

“Selepas menggeledah kereta, mereka menarik Cesar dan menembaknya,” tambah Elegbede.

Pemandu kumpulan tersebut, Fabrice Aziawo, menyatakan penyerang bersenjata menangkap mereka di pusat pemeriksaan.

“Lelaki bersenjata membawa kami ke dalam hutan, saya dan Cesar. Saya mendengar bunyi tembakan.

“Mereka menyuruh saya berpusing ke belakang dan saya melihat Cesar terbaring di atas tanah,” jelasnya lanjut.

Cesar Fernandez, 72, telah bertugas di Afrika sejak 1982, menurut Salesians of don Bosco dalam satu kenyataan di Twitter.

Dalam serangan berasingan, penyerang bersenjata menyasarkan pegawai kastam yang bertugas di pos bergerak di Nohao berhampiran sempadan dengan Togo pada petang Jumaat, membunuh empat daripada mereka, kata sumber keselamatan.

Perdana menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyatakan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan sekerja paderi tersebut.

“Saya amat berang dengan serangan ini dan penghormatan saya buat mereka yang telah membahayakan nyawa mereka untuk bertugas di zon konflik,” tambah beliau dalam Twitter.

Sumber keselamatan tempatan menyatakan serangan telah dilakukan sekumpulan kira-kira 20 penyerang bersenjata yang kemudian melarikan diri ke dalam hutan.

Lebih 300 orang telah terkorban di negara itu dalam serangan pelampau sejak empat tahun lalu, menurut statistik AFP. — AFP

Advertisement