Anda di sini

Simeone pamer kesetiaannya

Advertisement
SIMEONE
SIMEONE

MADRID: Diego Simeone telah melanjutkan kontraknya sebagai jurulatih Atletico Madrid sehingga 2022, kelab itu mengumumkan kelmarin.

Simeone sudah membimbing Atletico sejak 2011 dan sudah mengubah mereka menjadi salah satu pasukan paling digeruni di Eropah.

Di bawahnya, mereka memenangi Liga Europa pada musim lepas dan La Liga pada 2014, selain dua kali mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara.

“Masa depan yang ada di hadapan kita sehingga 2022 sangat mengujakan tetapi ia juga dijangka penuh dengan cabaran,” kata Simeone dalam satu pengumuman yang dibuat oleh kelab.

“Saya telah membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak saya sekali lagi bersama Atletico Madrid kerana saya ada harapan yang tinggi untuk masa depan.”

Atletico merupakan satu-satunya pasukan yang pernah memenangi La Liga selain Real Madrid dan Barcelona sejak 14 tahun lalu.

Kejayaan Simeone, yang dibina di atas stail pertahanan, dicapai walaupun Atleti menerima separuh daripada hasil pendapatan dan membelanjakan separuh daripada jumlah gaji yang diberikan oleh Real dan Barca.

“Saya melihat usaha gigih, pemain yang fokus kepada usaha untuk bertambah bagus. Saya melihat keterujaan, saya melihat belia,” kata Simeone.

“Semua ini mengembangkan kami sebagai sebuah pasukan dan saya tahu jika empat kaki meja sentiasa kukuh seperti selama ini sehingga sekarang, kami akan meneruskan cara yang sama.” — AFP

Advertisement