Anda di sini

Hampir 1,000 terlibat dengan Kejohanan Olahraga Zon B Kuching 2019

Advertisement
 Para atlet sekolah yang terpilih tidak sabar-sabar memulakan pertarungan.
BERMULA: Para atlet sekolah yang terpilih tidak sabar-sabar memulakan pertarungan.
 Bahagian pendaftaran sibuk pada awal pagi sebelum pertandingan berlangsung.
DAFTAR: Bahagian pendaftaran sibuk pada awal pagi sebelum pertandingan berlangsung.
 Sebahagian daripada pelajar yang dinobatkan sebagai pemenang kejohanan menerima pingat mereka.
MENANG: Sebahagian daripada pelajar yang dinobatkan sebagai pemenang kejohanan menerima pingat mereka.

HAMPIR 1,000 atlet sekolah serta guru dari 27 buah sekolah rendah Zon B Kuching menyertai Kejohanan Olahraga Zon B Kuching 2019 di Padang Sukan Jubilee di Kuching, Rabu lepas.

Sebanyak enam acara dipertandingkan, antaranya 80 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru masing-masing untuk lelaki dan perempuan untuk kategori 11 dan 12 tahun ke bawah.

Kejohanan ini berlangsung bagi memilih wakil Zon B Kuching ke Kejohanan Olahraga MSSR Bahagian Kuching pada minggu hadapan di Stadium Bau.

Pengerusi panganjur kejohanan juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dalam ucapan penangguhan majlis berkata, kejohanan kali ini mendapat sambutan hebat daripada sekolah-sekolah dalam Zon B Kuching walaupun persiapan yang dilakukan sangat singkat.  

“Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana telah berusaha untuk menjayakan kejohanan kali ini walaupun kekangan dari segi masa dan kewangan.  Tahniah kerana komitmen dan sumbangan tenaga anda dan juga kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atas sumbangan hadiah.

“Saya yakin jika dirancang  dengan lebih baik dan teliti,  kejohanan kita kali ini pasti lebih meriah dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang atlet mereka telah terpilih mewakili Zon B ke Bau nanti,” katanya.

Pada kejohanan olahraga kali ini,  SK Bandar Semariang telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 440, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Apong di tempat kedua dengan 180 mata dan ketiga Sekolah Kebangsaan Senari,  120 mata.

Hadir sama pada majlis penangguhan ialah guru besar-guru besar Zon B Kuching serta guru penolong kanan kokurikulum sekolah terlibat.  Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh tetamu jemputan.

  • oleh
  • Advertisement