Anda di sini

Julian lulus ujian Hakim B Pengadil Kumite WKF

Advertisement
JULIAN menunjukkan sijilnya sebagai Hakim B Pengadil Kumite WKF selepas lulus ujian di Dubai.
JULIAN menunjukkan sijilnya sebagai Hakim B Pengadil Kumite WKF selepas lulus ujian di Dubai.

KOTA KINABALU: Julian Chin lulus ujian Hakim B Pengadil Kumite Persekutuan Karate Dunia (WKF) bagi melengkapkan lesennya sebagai pengadil karate.

Julian yang juga jurulatih dan Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) lulus ujian yang didudukinya di Dubai pada 11-13 Februari sempena Kejohanan Terbuka Liga Premier Karate 1 pada 15-17 Februari 2019.

Dengan pencapaian itu, Julian kini mempuyai lesen pengadil bagi kedua-dua disiplin karate di mana beliau juga telah lulus ujian Hakim B Pengadil Kata WKF pada 2017.

"Saya bangga dengan kejayaan ini kerana bukan mudah untuk lulus. Dalam ujian teori anda hanya boleh melakukan 10 peratus kesilapan manakala ujian praktikal tidak boleh ada kesilapan," kata Julian dalam kenyataannya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menurutnya, ujian Hakim B Pengadil Kumite itu diduduki lebih 200 calon.

"Dengan kejayaan terbaharu ini saya harap dapat membantu mempertingkatkan taraf karate di Sabah dan SKA," kata Julian sambil berterima kasih kepada Presiden SKA, Datuk Jake Nointin, Majlis Tertinggi dan ahli SKA kerana menyokong dan membantunya menduduki ujian di Dubai.

  • oleh
  • Advertisement