Anda di sini

Along Khairul pencetus kemenangan Wirajaya

Advertisement
PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. (Berdiri dari kanan) Hassan, Salleh, Abd. Wahid dan Along manakala (duduk dari kanan) Buchu, Gani dan Khairunee.
PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. (Berdiri dari kanan) Hassan, Salleh, Abd. Wahid dan Along manakala (duduk dari kanan) Buchu, Gani dan Khairunee.

PAPAR: Kehadiran Along Khairul yang digelar oleh rakan seperjuangan pemain seperti kacukan Korea itu telah menyuntik semangat Pasukan Wirajaya yang diwakili beliau selaku pemain jemputan sekaligus berhasil apabila menewaskan Kelab Boymai 7-5 dalam perlawanan futsal persahabatan di gelanggang futsal Kg. Bambangan pada malam Khamis.

Gol Wirajaya terhasil melalui Along pada minit ke-15, 50, 60, Kairunee minit ke 37, 52,  dan Hasan Hj.Mudin minit ke 45 dan 49.

Manakala gol-gol Kelab Bomai dihasilkan oleh Sahiran Hj. Mudim pada minit ke 5, Masri minit ke11, 27, Majid Uda minit ke 25 dan Miming Bay minit ke 31.

Menurut Ag. Damit @ Buchu yang juga merupakan Naib Presiden SAFA Papar ketika ditemui berkata, pujian harus diberi kepada kedua-dua pasukan kerana masih mampu menunjukkan skil permainan masing-masing walaupun sudah lama tidak bermain futsal.

Selain itu beliau juga mengucapkan syabas kepada semua pemain yang mempunyai disiplin yang tinggi serta komitmen di dalam gelanggang selain dapat beramah-mesra antara satu sama lain dalam mengeratkan lagi tali silaturahim.  .

Katanya, dengan adanya perlawanan seumpama ini ia sekaligus memberi kesedaran khusus kepada warga veteran untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersukan agar sentiasa sihat , ceria sepanjang masa.

Di akhir perlawanan, Miming Masri dari pasukan Bomai dinobatkan selaku 'Pemain Berbakat' dan Sahiran Hj.Mudim dianugerahkan sebagai 'Pemain Terbaik' sepanjang perlawanan.

Advertisement