Anda di sini

PPM rampas syabu dan bot pam, ikan hasil aktiviti bom ikan

Advertisement
BOT yang berisi ikan hasil aktiviti bom ikan.
BOT yang berisi ikan hasil aktiviti bom ikan.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas sebuah bot pam berisi kira-kira 10 kilogram ikan disyaki hasil tangkapan aktiviti bom ikan di Kampung Basilan, Kunak, pada Selasa.

Turut dirampas enam bungkus plastik jernih berisi serbuk hablur warna putih anggaran berat kesemuanya 0.32 gram disyaki syabu dan lima keping kertas aluminium serta duit RM12 ditemui dalam poket sehelai seluar pendek di bot itu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kira-kira jam 4.24 petang Unit Risikan PPM Lahad Datu dalam satu operasi mengesan sebuah bot pam mencurigakan menggunakan bahan letupan menangkap ikan.

"Apabila dihampiri, juragan bot terjun ke laut dan meloloskan diri ke kawasan berhampiran. Setelah diperiksa bahan bukti ditemukan dan dirampas yang dianggarkan berjumlah RM2,812," katanya.

 SYABU yang ditemui.
SYABU yang ditemui.

Kesemua rampasan dibawa ke pos Pasukan Polis Marin Kunak untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • oleh
  • Advertisement