Anda di sini

Kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

Advertisement

Kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) kelmarin mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“’Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata PMO dalam satu kenyataan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menyenaraikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi;

Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Lim Guan Eng – Menteri Kewangan

Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tuan Baru Bian – Menteri Kerja Raya

Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri

Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad

Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)

Tan Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank

Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat

Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia

Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia

Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam

Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

Menurut PMO, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta manakala sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri. — Bernama

Advertisement