Anda di sini

Tiga suspek pembekal dadah ditahan polis

Advertisement
 

LAHAD DATU: Tiga lelaki disyaki pembekal dadah berjaya diberkas polis dalam Ops Tapis di dua lokasi berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata polis juga telah merampas sejumlah anggaran berat 10.62 gram dadah dengan jangkaan nilai RM1,593 dan dua kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, kes pertama seorang lelaki warga Indonesia, 23, dan lelaki tempatan, 27, ditahan polis kerana memiliki anggaran berat 5.42 gram syabu dengan nilai jangkaan RM813 di Jalan Kiambang kira-kira jam 1 petang, pada Isnin.

Katanya, ketika pemeriksaan suspek lelaki tempatan telah bertindak menyerahkan kepada polis dua paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu dan satu paket plastik lutsinar berisi 14 gulung kertas timah.

Kedua-dua suspek didapati positif dadah masing-masing amphetamine dan methamphetamine.

Seorang lagi suspek, 17, warga Indonesia ditahan setelah berkelakuan mencurigakan di kawasan tempat letak kereta di Bandar Tabanak, dekat sini pada Isnin.

"Ketika pemeriksaan, beg poket hadapan yang dipakai mangsa dijumpai satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah anggaran berat 5.20 gram dengan jangkaan nilai RM780 dan satu plastik lutsinar berisi 12 gulung kertas timah," katanya.

Suspek didapati negatif pada hasil ujian saringan awal.

  • oleh
  • Advertisement