Anda di sini

Lelaki cedera di kepala, tangan akibat diserang bekas suami isterinya

Advertisement
SENJATA yang digunakan suspek.
SENJATA yang digunakan suspek.

LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang cedera di bahagian belakang kepala dan tangan kanan setelah diserang bekas suami isterinya menggunakan parang di Felda Sahabat 56, Tungku, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa yang sedang berhenti rehat dari melakukan kerjanya sebagai penombak buah kelapa sawit untuk makan telah didatangi suspek yang dikenalinya.

Katanya, suspek, 34, yang merupakan bekas suami kepada isteri mangsa itu bertindak menyerang mangsa menggunakan sebilah parang sabit berukuran 48cm beserta hulu.

Akibat pergaduhan itu, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Sahabat 16 untuk rawatan pada bahagian tangan kanan dan tujuh jahitan di kepala.

"Hasil siasatan lanjut mendapati punca pergaduhan itu kerana cemburu dengan mangsa yang telah berkahwin dengan bekas isterinya.

"Suspek telah bercerai dengan bekas isterinya pada Julai 2018 setelah membina rumahtangga selama lima tahun dan mempunyai tiga orang anak," katanya.

Dengan kerjasama dan maklumat orang ramai, suspek ditahan di perumahan kongsi ladang dan senjata yang digunakan dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan sengaja.

  • oleh
  • Advertisement