Anda di sini

Seramai 27 peserta sertai bengkel jahitan Simo

Advertisement
 Lilian (berdiri barisan pertama, tujuh kanan) serta kedua-dua fasilitator (duduk barisan kedua dari kiri) Rajemah dan Ramlah bersama peserta dan kakitangan Pustaka Miri.
TAMAT BENGKEL: Lilian (berdiri barisan pertama, tujuh kanan) serta kedua-dua fasilitator (duduk barisan kedua dari kiri) Rajemah dan Ramlah bersama peserta dan kakitangan Pustaka Miri.

SERAMAI 27 peserta mengambil bahagian pada program setengah hari Bengkel Seni Jahitan Tangan Sulaman Simo anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri di Miri.

Penyelia bengkel, Lilian Baun berkata bengkel itu memfokuskan jahitan tangan tradisional atau simo lazimnya digunakan untuk jahitan baju kurung dan baju Melayu.

“Bengkep percuma ini merupakan sebahagian aktiviti anjuran Pustaka Miri untuk mempromosi budaya dan tradisi masyarakat tempatan.

“Pada masa sama meningkatkan semangat keusahawanan kalangan peserta khususnya wanita dan melalui kemahiran ini mereka boleh meningkatkan sumber pendapatan,” katanya.

Bengkel itu dikendalikan dua penjahit simo yang mahir dari Kampung Wireless, Ramlah Puih dan Rajemah Junaidi mengajar jahitan Simo Bunga Cengkih dan Bunga Jantung.

Menurut Rajemah, jahitan tangan simo masih popular kalangan penduduk tempatan terutama masyarakat Melayu.

Walaupun mendapat saingan daripada ‘embroideri’ jahitan mesin dihasilkan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden.

“Simo atau embroideri merupakan seni kraf menghias fabrik atau bahan lain menggunakan jarum untuk menjahit benang serta bahan lain seperti mutiara, manik dan labuci,” jelasnya.

Katanya, setiap peminat simo mempunyai kegemaran berbeza justeru simo masih mendapat permintaan walaupun caj perkhidmatan menjahit simo naik kerana harga bahan digunakan seperti benang meningkat.

Beberapa tahun lalu, rekaan sederhana simo boleh mencecah RM8 untuk baju kurung namun kini meningkat sekali ganda bergantung benang dan bahan digunakan.

Advertisement