Anda di sini

Selamat tinggal Man Utd

Advertisement
FELLAINI
FELLAINI

LONDON, England: Manchester United mengumumkan Jumaat lepas di mana pemain tengahnya, Marouane Fellaini telah meninggalkan kelab untuk menyertai kelab Liga Super China (CSL), Shandong Luneng.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 31 tahun itu, tiga di Old Trafford dari Everton pada September 2013 dan membuat 177 penampilan sepanjang lima setengah musim di United dan menjaringkan 22 gol.

“Manchester United boleh mengesahkan bahawa Marouane Fellaini telah meninggalkan kelab untuk perpindahan tetap,” kata United dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab.

“Semua orang di United mahu berterima kasih kepada Marouane di atas sumbangan dan mengharapkan yang terbaik untuk beliau di masa hadapan selepas melengkapkan perpindahan ke Shandong Luneng Taishan F di China,” tambah kenyataan.

Fellaini menyertai rakan antarabangsannya, Mousa Dembele, yang berpindah dari Liga Perdana ke CSL selepas Dembele menyertai Guangzhou R&F dari Tottenham Hotspur bulan lepas.

Fellaini, yang menandatangani kontrak baharu sehingga 2020 pada tahun lepas, adalah pemain utama di Old Trafford di bawah bimbingan bekas pengurus, Jose Mourinho.

Tetapi beliau hanya beraksi sekali, sebagai pemain gantian lewat, dalam tujuh perlawanan liga terakhir sejak Mourinho dipecat dan Ole Gunnar Solskjaer dibawa masuk sebagai pengurus sementara.

Fellaini, yang juga diturunkan sebagai pemain gantian ketika United menewaskan Reading 2-0 dalam aksi Piala FA pada 5 Januari, tidak beraksi sebelum ini kerana kecederaan betis.

Pemain mengeluarkan gambar menerusi laman sosial Instagram menunjukkan beliau berada di lapangan terbang Khamis lepas dengan kapsyen “jom pergi”.

Fellaini membantu  kelab memenangi Piala FA untuk kejuaraan tunggal di bawah pengganti Moyes, Louis van Gaal pada 2016 dan memenangi Piala Liga dan Liga Europa di bawah bimbingan Mourinho. — AFP

Advertisement