Anda di sini

Badminton bawa MBI kali kedua ke Sabah

Advertisement
Arunarnsin (duduk) dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama rombongan MBI di KBS Sabah, Wisma Muis.
Arunarnsin (duduk) dan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama rombongan MBI di KBS Sabah, Wisma Muis.

KOTA KINABALU: Sukan badminton mempertemukan Masyarakat Bulutangkis Indonesia (MBI) dengan beberapa kelab badminton negeri ini penghujung bulan lalu (25-30 Januari).

Ia adalah kali kedua MBI datang ke negeri selepas kali pertama pada 2013 dan kali ini rombongan seramai 21 orang termasuk 18 pemain diketuai Ben Jufri.

Selama berada di sini mereka telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Nelly Tangkis Badminton Club (NTBC) di Dewan Badminton Taman Nelly Inanam pada 25 Januari, Tangkis Kinabalu Racquet Club (TKRC) di Sutera Harbour (26 Januari) dan Kota Kinabalu City Badminton Association (KKCBA) di Sutera Harbour (27 Januari).

Selain mengadakan perlawanan persahabatan, rombongan itu juga memanfaatkan peluang keberadaan mereka di sini dengan melawat tempat-tempat menarik termasuk di Pulau Manukan dan kaki Gunung Kinabalu.

Rombongan itu juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib.

  • oleh
  • Advertisement