Anda di sini

KPDNHEP Semporna sita kapal kargo, lori tangki

Advertisement
LORI tangki yang ditemui di lokasi.
LORI tangki yang ditemui di lokasi.

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) daerah Semporna bertindak menyita sebuah kapal kargo dan lori tangki dengan nilai keseluruhan rampasan RM137,152, di sini, pada Khamis.

Pegawai KPDNHEP Semporna Lauhi Mandor Bakar dalam satu kenyataannya berkata nilai rampasan itu masing-masing dari rampasan minyak petrol RM32,472, gas petroleum cecair RM4,680, kapal RM40,000 dan lori tangki 60,000.

Menurutnya, hasil risikan seramai tujuh pegawai penguatkuasa yang diketuainya telah bertindak ke satu lokasi di Kampung Tampi-Tampi Timbayan pada Khamis, kira-kira jam 6.30 petang.

"Pemeriksaan yang dilakukan membawa pada penemuan sebuah lori tangki disyaki telah memindahkan muatan minyak petrol sebanyak 16,400 liter ke sebuah kapal kargo.

KAPAL yang disita.
KAPAL yang disita.

"Di atas kapal kargo itu juga dijumpai sebanyak 26 tong gas petroleum cecair. Didapati juga, tiada dokumen berkaitan pemilikan minyak untuk tujuan perdagangan," katanya.

Siasatan awal mendapati berdasarkan inbois pembelian di depo, minyak petrol tersebut adalah milikan sebuah syarikat beralamat di Kota Kinabalu.

Kes akan disiasat mengikut 3 (1) Peraturan-peraturan Barang Kawalan 1974 kerana disyaki berurusniaga barang kawalan tanpa lesen yang sah dan pemilikan barangan itu dengan syak yang munasabah mengikut Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM3 juta jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement