Anda di sini

Nisbah polis dan masyarakat di Malaysia di antara terbaik

Advertisement
MOHAMAD (kanan) bersama tiga peserta terbaik bagi Akedemik, Latihan Luar dan Keseluruhan.
MOHAMAD (kanan) bersama tiga peserta terbaik bagi Akedemik, Latihan Luar dan Keseluruhan.

KOTA KINABALU: Nisbah polis dan masyarakat di negara ini adalah yang terbaik antara beberapa negara di Asia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Sri Mohamad Salleh berkata nisbah anggaran antara polis dan masyarakat di negara ini adalah pada 1:500 hingga 600 berbanding standard antarabangsa iaitu seorang polis bersamaan 350 hingga 400 masyarakat.

“Angka di Malaysia masih di tahap agak selesa berbanding beberapa negara lain yang merekodkan nisbah masyarakat sehingga mencecah angka ribu.

“Nisbah ini bagaimanapun berlainan di beberapa daerah dan kita mengalami masalah agak padat di bandar besar termasuk Klang Valley dan IPD besar termasuk Petaling Jaya dan Gombak yang mencecah 1,000 hingga 1,500 seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Konstabel Bil 12 Siri 6/2018 Pulapol hari ini.

Mohamad barkata apa yang mustahak bukanlah keselesaan nisbah itu tetapi penempatan anggota polis di sesebuah tempat untuk melaksanakan tugas kepolisan.

Bercakap lanjut berkenaan acara itu, beliau berkata seramai 248 anggota berpangkat konstabel berjaya menamatkan latihan asas kepolisan selama enam bulan bermula 5 Ogos tahun lalu sehingga 31 Januari.

Tambahnya jumlah itu termasuklah 21 berkelulusan Ijazah Pertama, 74 Diploma, 38 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan 115 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini menjadikan PDRM mempunyai seramai kira-kira 135,000 kekuatan polis yang mempunyai nombor badan sejak ia diguna pakai,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement