Anda di sini

At Adau lahir album kedua Oba

Advertisement
Jackson (kanan) bersama ahli kumpulan At Adau lain beraksi dengan gegantung menunjukkan kulit album baharu mereka iaitu Oba  selepas pelancaran di STB, hari ini.
Jackson (kanan) bersama ahli kumpulan At Adau lain beraksi dengan gegantung menunjukkan kulit album baharu mereka iaitu Oba selepas pelancaran di STB, hari ini.

KUCHING: At Adau,kumpulan muzik Sarawak hari ini melancarkan album kedua mereka yang dinamakan 'Oba' di pejabat Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di sini.

Album kumpulan muzik terdiri daripada enam anak muda itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salelh Askor.

Dianggotai oleh enam anak muda Jackson Lian Ngau, Alfanso Mckenzie, Meldrick Bob Udos, Ezra Tekola Semuel, Cerdic Riseng dan Luke Wrender David, kumpulan itu terkenal dengan permainan muzik menggunakan instrumen tradisional Sape dan alat muzik lain.

Pada sidang media, Jackson yang merupakan pengasas kumpulan At Adau, berkata, judul album kedua iaitu Oba membawa maksud Cinta dalam bahasa Kenyah, dengan getaran muzik yang lebih menarik dan bertenaga berbanding dengan album pertama, Journey.

"Dalam album kedua ini, kami menampilkan muzik tentang keindahan tradisi dan budaya yang ada dalam masyarakat kita.

"Kami menggunakan pelbagai instrumen untuk lagu-lagu dalam album ini dan berharap kami dapat mewakili Sarawak di peringkat antarabangsa melalui muzik kami ini," katanya.

Tambah Jackson, kumpulan itu mahu menunjukkan kepada dunia melalui muzik untuk berkongsi serta menyebarkan tentang cinta atau kasih sayang, keamanan dan keharmonian di seluruh dunia.

"Melalui album ini kami bersama rakan kerjasama Catsound.com merancang untuk melakukan persembahan dengan menjelajah beberapa tempat di dunia yang mengadakan festival dan pertukaran budaya," katanya.

At Adau merupakan duta bagi Sarawak di bawah kerjasama pintar dengan STB dan Malaysia Airlines.

At Adau sebelum ini pernah membuat persembahan di festival di beberapa buah negara termasuk di Thailand, Australia, Korea Selatan yang menampilkan keunikan melalui alunan muzik mereka.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan album baharu At Adau, kunjungi laman media sosial mereka atau www.atadau.com.

  • oleh
  • Advertisement