Anda di sini

Christian tekad bangkit semula

Advertisement
CHRISTIAN (tengah) bersama pegawai badan induk tenis Malaysia Rahizam Rahim (kiri) dan Kamaruzzaman semasa majlis penyampaian hadiah.
CHRISTIAN (tengah) bersama pegawai badan induk tenis Malaysia Rahizam Rahim (kiri) dan Kamaruzzaman semasa majlis penyampaian hadiah.

KOTA KINABALU: Christian Didier Chin bertekad bangkit semula selepas terlepas peluang meraih gelaran juara pertamanya tahun ini pada pusingan pertama Sirkit Tennis Malaysia Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Christian, 18, bermula baik menang set pertama tetapi selepas kalah set kedua pemain pilihan keenam itu gagal bangkit untuk tunduk ditangan pemain Indonesia M Rifqi Fitriadi 7-5, 4-6, 0-6 pada separuh akhir.

Pemain kebangsaan Sabah itu berkata, kekalahan itu mengecewakan tetapi beliau terpaksa akur dan belajar sesuatu.

Kekalahannya itu juga disebabkan kecederaan lutut yang mula dirasai pada set ketiga di samping gerakan dan pukulan-pukulan yang tidak menjadi.

Beliau berkata, kekalahan itu bagaimanapun tidak akan melemahkannya sebaliknya akan dijadikan motivasi untuk bangkit pada pertandingan akan datang.

"Saya harap akan kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang...tentunya saya telah belajar sesuatu dari perlawanan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christian juga beraksi dalam acara beregu di mana beliau bergandingan dengan pemain Sarawak, Low Zhe Han tetapi turut kalah di separuh akhir ditangan gandingan pemain Negeri Sembilan Syed Agil Syed Naguib dan Sarawak Mohd As'sri Merzuki.

Christian/Low yang diletakkan sebagai beregu pilihan kelima kalah 2-6, 3-6 kepada lawan yang kemudiannya menjuarai acara itu.

Christian telah merancang untuk menyertai semua enam pusingan kejohanan kebangsaan itu dan kejohanan Masters dalam pemburuannya menjadi pemain nombor satu negara musim ini.

  • oleh
  • Advertisement