Anda di sini

Dua lelaki didakwa bunuh ahli perniagaan

Advertisement
Teng (dua kiri) dan Tiong (tengah) serta empat lagi lelaki tempatan (sedikit terlindung di belakang) diiringi oleh anggota polis di Kompleks Mahkamah di sini, hari ini
Teng (dua kiri) dan Tiong (tengah) serta empat lagi lelaki tempatan (sedikit terlindung di belakang) diiringi oleh anggota polis di Kompleks Mahkamah di sini, hari ini

KUCHING: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan, Tang Tung Kuok pada dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh Teng Jing Bian dan Tiong Kim Kai, masing-masing merupakan ahli peniagaan dan bekas pekerja kepada mangsa, kerana kes itu masih disebut di Mahkamah Majistret.

Kes berkenaan masih menunggu beberapa laporan kimia termasuk bedah siasat, ujian sampel DNA forensik sebelum ia boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee di sini antara 12 dan 15 Januari tahun ini.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Empat lagi lelaki lain, yang disyaki warganegara China masih bebas. Tang, 37 didakwa diculik sebelum dibunuh dan mangsa dipercayai ditikam menggunakan pisau.

Mayat Tang dikenal pasti berdasarkan jam tangan dan sebentuk cincin emas yang terdapat pada badannya.

Peguam Roger Chin dan Michael Kong mewakili Teng manakala peguam Voon Lee Shan mewakili Tiong.

Empat lagi lelaki tempatan dibebaskan dengan bon mahkamah masing-masing RM10,000.
 

Advertisement