Anda di sini

Sabah akan perkenal langkah ‘industrialisasi pertanian’

Advertisement
SHAFIE bersama tetamu kehormat, pegawai eksekutif, pegawai dan kakitangan Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd menunjukkan isyarat bagus beramai-ramai.
SHAFIE bersama tetamu kehormat, pegawai eksekutif, pegawai dan kakitangan Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd menunjukkan isyarat bagus beramai-ramai.

TAWAU: Kerajaan Sabah merancang untuk menggerakan usaha ‘industrialisasi pertanian’ ke arah mempelbagaikan potensi sumber komoditi dalam industri hiliran.

Khususnya, memastikan komoditi pertanian termasuk perikanan tidak menerima nasib seperti koko yang pernah muncul sebagai komoditi utama, tetapi kini ‘hampir pupus’.

Langkah itu bertujuan memastikan kelangsungan komoditi yang ada seperti kelapa sawit dapat terus menyumbang hasil kepada pembangunan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk menyediakan blueprint dalam tempoh tiga bulan.

“Saya minta mereka kemukakan langkah-langkah yang perlu kita lakukan dalam sektor pertanian dan perikanan untuk membolehkan kita maju ke hadapan.

“Kita mahu melahirkan satu struktur sistem pembangunan (industrialisasi pertanian) komprehensif dan disusun atur dengan baik, serta mempunyai badan pemantaunya.

“Kita tidak boleh membiarkan Kementerian Pertanian bersendirian, jabatan lain juga perlu terbabit sama,” katanya, semasa ditemui pemberita pada sidang media.

Shafie hadir di Tawau sempena Majlis Perhimpunan Korporat Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd di Dewan Serbaguna Ladang Seraya, di sini hari ini.

  • oleh
  • Advertisement