Anda di sini

Remaja ditemukan lemas

Advertisement
 

KOTA BELUD: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selapas memukat ikan di Sungai Umpul Kulambai di sini pagi Isnin.

Mangsa, Mohd Lokman, 17, ditemukan lemas di sungai terbabit oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Derin Marudan berkata sebaik  menerima panggilan kecemasan, operasi SAR segera diaktifkan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud termasuk tiga Pegawai Bomba Sukarela (PBS) Kulambai.

PASUKAN SAR semasa menjalankan operasi pencarian di lokasi kejadian.
PASUKAN SAR semasa menjalankan operasi pencarian di lokasi kejadian.

“Operasi dijalankan di kawasan pesisir sungai dan permukaan air sebelum bot penyelamat diturunkan di kawasan sungai.

“Beberapa jam selepas itu mangsa berjaya ditemukan oleh penduduk kampung yang turut sama menjalankan pencarian di lokasi kejadian,” katanya.

Derin berkata hasil maklumat awal mendapati mangsa turun ke sungai itu untuk memukat ikan sebelum disedari hilang oleh penduduk kampung.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

PENDAKI wanita semasa diberikan bantuan pernafasan oleh pasukan Mosar.
PENDAKI wanita semasa diberikan bantuan pernafasan oleh pasukan Mosar.

Dalam kejadian berasingan sepasukan anggota Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) menyelamatkan seorang pendaki wanita warga tempatan yang mengalami sesak nafas dan kesejukan melampau di Gunung Kinabalu awal pagi tadi.

Mangsa berumur 21 tahun yang tidak dapat meneruskan pendakian semasa di kilometer enam Panar Laban diberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate.

  • oleh
  • Advertisement