Anda di sini

Penjaga kedai telefon disamun

Advertisement
 

PENAMPANG: Seorang penjaga kedai telefon disamun dua lelaki bersenjata parang di Beverly Hill Bundusan malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian jam 7 malam itu berlaku apabila mangsa wanita bersama rakannya ingin menutup kedai.

“Secara tiba-tiba dua suspek lelaki dengan salah seorangnya memegang parang bertindak mengambil telefon bimbit mangsa dan rakannya.

“Suspek turut mengambil wang tunai dari kedai berjumlah RM3,000 dan barangan peribadi mangsa sebelum melarikan diri di kedai dobi berhampiran,” katanya.

Katanya ketika kejadian orang ramai ada melalui lokasi kejadian bagaimanapun pintu kedai agak kecil menyebabkan kejadian tidak disedari orang ramai yang lalu di kedai terbabit.

Haris berkata pihaknya masih giat mengesan dua suspek berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement