Anda di sini

26 kampung terjejas banjir, 1, 425 mangsa dipindahkan

Advertisement
 

KOTA MARUDU: 26 kampung terjejas banjir manakala 1,425 mangsa dari 510 keluarga dipindahkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata kesemua mangsa banjir dipindahkan bermula malam Jumaat lalu selepas keadaan banjir semakin serius di beberapa perkampungan berisiko banjir.

BANJIR sehingga mencecah paras leher yang terpaksa dilalui anggota bomba untuk melakukan operasi pemindahan mangsa banjir.
BANJIR sehingga mencecah paras leher yang terpaksa dilalui anggota bomba untuk melakukan operasi pemindahan mangsa banjir.

“26 perkampungan terjejas banjir termasuklah Longob, Belianjung, Maragatung, Masalog, Salimandut, Damai, Parong, Popok Laut, Kuranji, Garada, Morion, Gurantung, Rasak Darat, Asin-Asin, Langkon, Batition, Liabas, Tambun, Tarangkapas, Kokobuan, Sumbilingon Laut, Rambutan, Tandek Laut dan Teritipan.

“1,425 penduduk termasuk 819 dewasa, 446 kanak-kanak, 64 bayi, 86 warga emas dan 10 Orang Kelainan Upaya (OKU) kini ditempatkan di 11 PPS yang berada di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya dua sungai masing-masing Bongon dan Bandau kini dalam paras bahaya manakala Sungai Belianjung dalam paras waspada.

Tambahnya dua jalan utama iaitu Jalan Gana dan Jalan Kota Marudu-Marak Parak terputus banjir.

ANGGOTA bomba semasa memindahkan mangsa dari perkampungan terjejas ke PPS.
ANGGOTA bomba semasa memindahkan mangsa dari perkampungan terjejas ke PPS.

“Bagi operasi penyelamatan kita menggerakkan lebih 28 anggota dan 12 jentera termasuk dua bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita juga akan membuat pemantauan berterusan di lokasi dinaiki air bagi mengeluarkan mangsa ke pusat pemindahan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement