Anda di sini

Jualan kanopi Haw Electrical tawar diskaun hingga 70 peratus

Advertisement
 Jualan kanopi sempena TBC 2019 di Haw Electrical, Hakka Avenue di Batu 5 dimeriahkan dengan  promosi serupa di cawangan Haw Electrical di MJC dan Jalan Palm.
MERIAHNYA TBC: Jualan kanopi sempena TBC 2019 di Haw Electrical, Hakka Avenue di Batu 5 dimeriahkan dengan promosi serupa di cawangan Haw Electrical di MJC dan Jalan Palm.

KUCHING: Haw Electrical Trading Sdn Bhd (Haw Electrical) yang terletak di Hakka Avenue, Batu 5, di sini, sedang mengadakan jualan kanopi sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 mulai semalam sehingga 4 Februari depan.

Jualan kanopi  itu menawarkan diskaun harga sehingga 70 peratus untuk pelbagai jenis dan jenama barangan elektronik dan elektrik.

Malah, pelanggan turut berpeluang mendapatkan hadiah istimewa sepanjang promosi itu berlangsung selama 12 hari.

Selain itu, pelanggan yang membuat pembelian RM1,000 ke atas dalam satu resit tunggal akan turut diberi baucar petrol sebanyak RM30 dan satu kotak minuman ringan 100 plus secara percuma.

Antara jenama barangan elektrik dan elektronik yang terdapat di Haw Electrical adalah termasuk Samsung, Panasonic, Electrolux, LG, Sony, Hisense, Toshiba, Alpha, Philips, Sharp, Joven, Milux, Faber, Elba dan Midea.

 Antara barangan elektrik dan elektronik yang terdapat semasa jualan kanopi sempena TBC 2019 di Haw Elektrical.
DAPATKAN DISKAUN ISTIMEWA: Antara barangan elektrik dan elektronik yang terdapat semasa jualan kanopi sempena TBC 2019 di Haw Elektrical.

Turut menganjurkan promosi yang sama adalah cawangan Haw Electrical di MJC dan juga Jalan Palm di sini yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 9 malam di ketiga-tiga cawangan tersebut.

Sempena musim perayaan ini, waktu operasi di ketiga-tiga cawangan itu bermula dari 30 Januari ini hingga 3 Februari depan turut dilanjutkan dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Justeru, orang ramai dipelawa untuk tidak melepaskan peluang keemasan yang ditawarkan sepanjang berlangsungnya promosi tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi  082-578112.

Advertisement