Anda di sini

Pembantu kedai mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan guru

Advertisement
 Kamarul diiring keluar oleh dua anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Melaka, semalam. — Gambar Bernama
TERTUDUH: Kamarul diiring keluar oleh dua anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Melaka, semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Seorang pembantu kedai alat perkakasan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang guru di Krubong di sini, tahun lepas.

Kamarul Ariffin Suboh, 43, dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Fakharuddin Azahar, 27, di tepi Padang Sepuluh, Krubong pada jam 3.00 petang, pada 26 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Intan lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Advertisement