Anda di sini

61 anak yatim Kompleks Peryatim Kemuyang jayakan program orientasi

Advertisement
 Aktiviti soal jawab memantapkan cara berfikir para peserta kem.
PROGRAM KEM: Aktiviti soal jawab memantapkan cara berfikir para peserta kem.

SERAMAI 61 anak yatim Kompleks Peryatim Kemuyang menjayakan Program Orientasi Jalinan Ukhuwah 2019 di Kem Belia Kemuyang di Sibu, baru-baru ini.

Selain anak-anak yatim, kakitangan Kompleks Peryatim Sibu turut terlibat dalam program tiga hari tersebut yang bermula 18 Januari lepas.

 Najilanisa (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penceramah.
TERIMA KASIH: Najilanisa (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penceramah.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengerusi Exco Peryatim Sibu Dato Mohd Yusnar Matalie.

Objektif penganjuran kem ini ialah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kompleks serta memupuk semangat kerjasama dalam diri anak-anak yatim.

 Aktiviti lasak menguji kecergasan para peserta.
MENCABAR: Aktiviti lasak menguji kecergasan para peserta.
 Latihan dalam kumpulan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
USAHA BERSAMA: Latihan dalam kumpulan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membantu anak-anak yatim menyesuaikan diri dengan kehidupan, peraturan dan rutin harian dalam Kompleks Peryatim terutama bagi penghuni yang baharu mendaftar masuk pada 2019.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah latihan dalam kumpulan, aktiviti meredah hutan, aktiviti berkumpulan dan lain-lain lagi.

Turut hadir ialah Pengurus Kompleks Peryatim Sibu Najilanisa Suhaili.

  • oleh
  • Advertisement