Anda di sini

Akibat curi coklat, lelaki dipenjara 8 bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Gara-gara mencuri 16 bungkus coklat, seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 8 bulan bermula Rabu oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Firdaus Dulkadir, 20, selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wan Firdaus didakwa mencuri 16 bungkus coklat jenama Cadbury pada 17 Januari tahun ini, jam 4.05 petang di sebuah premis pusat membeli belah Centre Point dekat sini.

Untuk itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan kesalahan yang dilakukan berpunca terpengaruh oleh kawannya sendiri.

Pegawai Pendakwa Inspektor Lim Swee Beng bagaimanapun dengan tegas meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana tertuduh dikatakan pernah menjadi penghuni di pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun akibat kesalahan yang dilakukan.

  • oleh
  • Advertisement